Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru 1431 H

"Kalau sebelum ni kita leka dengan sembahyang, maka pada tahun baru ni kita hendaklah memperbaiki kualiti solat kita. Dan jika sebelum ini kita jarang berdampingan dengan Al-Quran, maka sekarang hendaklah kita jadikan Al-Quran itu sebagai teman baik kita"

Begitulah kira-kiranya kata khatib masa khutbah tadi. Bila difikirkan balik, hati ni terasa malu, umur dah meningkat naik, tapi kualiti ibadat susah nak berubah. Semoga pada tahun baru yang tiba ni, diri ini dapat berjihad untuk merubah diri sendiri.

P/s: Jgn cakap je lebih!

imeem users, welcome to MySpace Music! - HAH????

"The imeem web site is no longer available. We welcome you to try MySpace Music instead."

I am still in my disbelief..how can a streaming-only audio website shuts down? I don't even know any way that people can actually download a song from imeem! Man, imeem is very great..I can listen to so many songs, even be the place for me to find inspiration to write music. Hm..so I guess all the songs that I've uploaded will not be able to be accessed again. My imeem-posted music in the blog also were lost. Maybe I will try to upload to another streaming audio site, but I think I won't migrate to MySpace Music.

*Please visit me on my KoolRed Music profile ;)

Tuesday, November 17, 2009

Happy Birthday To MEEEE!!

TQ ALLAH for giving me chance to have my 22 birthday

Another one year ahead
Which means,
I should be wiser
I should be more matured
I am getting older
My lifespan is getting shorter


Anyway, I would like to address my special thanks to my special person, Effariza for the birthday surprise..it means a lot to me. Thanks dear :) Not to forget my dearest friends forever, Fikri, Bol, Alek, Apis, Kzer, Daniel, Fahmi, Halim, Abu, and all of them who sing the birthday song twice to me. Also to Izzati, Izwan and Manisah that wish me happy birthday through SMS. This is the greatest birthday moment for me. Thanks friends, all of you really make my life happier. Ibu and Abah, your eldest son miss you a lot.

p/s: Happy :)

Monday, November 16, 2009

Selamat Jalan, Ibu, Abah!

Selamat menunaikan ibadah haji buat Ibu dan Abah. Syam doakan agar kalian selamat pergi dan pulang dan dimudahkan segala urusan di sana. Juga semoga memperolehi haji mabrur. Untungnya kalian dapat pergi ke tanah suci buat kali kedua..

p/s: Bila pulak diri ni nak dapat peluang ke sana..huhu

Tuesday, October 6, 2009

My New Gadget - Nokia 5130 XpressMusic

Erm, tanak tules panjang², just nak review yang best ngan yang kurang best (for me)

Yang best pasal hanfon ni:
-Ringan
-Resolution 320x240
-Harga berpatutan (zitron=rm440, a.p=rm400)
-Sleek design
-3.5mm port, bole direct masuk apa² jenis compatible earphone/earplug/headphone.
-Ada voice clarity, korang boleh dengar suara caller dengan jelas
-Music player bole show cover art dengan jelas.

Yang kurang best:
-Jangka hayat bateri yang ssaaaanngggaaaat sekejap.
-Walaupun ini music phone, tapi kualiti muzik tetap kalah dengan SE, jauh lagi kalau nak banding dengan mp3 player sony NW-E016 aku.
-Kualiti gambar tak seberapa (fine, ni music phone)
-Bukan 3G..hehe

Apa pun, hp ni tetap ok, lagipun dah lame xpakai Nokia...3/5 ;)

Tuesday, September 8, 2009

Masihkah Punya Sinar (akustik ft. Bol & Hafiz)

Persembahan lagu "Masihkah Punya Sinar". Untuk pertandingan Majlis Tilawah Quran (MTQ) peringkat IPGM Kampus Tun Abdul Razak. Di BINTANGI Bol (Gitar), Syam (Keyboard, Vokal) dan Hafiz (Rapper). Enjoy the video. Hehe.


Monday, August 31, 2009

Memorable Trip To Kabong

Cuti yang lepas, saya telah pergi ke suatu pekan kecil di Sarawak iaitu Kabong. Terletak di antara Saratok dan Sarikei, Pekan Kabong boleh dikatakan pekan yang sedang membangun. Masyarakatnya terdiri daripada orang Melayu Sarawak, juga orang Cina. Untuk sampai ke Kabong, saya melalui beberapa kawasan lain seperti Roban, simpang ke Kg Gerigat dan Kg Sessang, juga Kg Empayang. Perjalanan daripada Samarahan mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan kami singgah di beberapa tempat seperti Sri Aman (Kalau kat semenanjung dah boleh lepas beberapa negeri ni..hehe).

Tujuan? Yg utamanya sebab saya nak melawat dan berjumpa dengan keluarga 'special one' saya disamping meluaskan perjalanan saya di Sarawak ini. Mana tahu satu hari nanti saya dihantar ke Kabong atau kawasan yang berdekatan untuk posting, jadi tidak lah begitu hilang arah kan?

Di Kabong, saya telah menetap di rumah Sepawi, sahabat baik saya. Layanan yang diberikan cukup baik. Dari kali pertama saya menjejakkan kaki di hadapan rumahnya, saya disambut dengan mesra oleh Pawi (nama panggilan saya kat Sepawi) dan ibunya. Langsung tidak ada masalah untuk saya sesuaikan diri berada dalam rumah tersebut. Ahli keluarga Pawi yang lain pun melayan saya seolah-olah saya sudah kenal lama dengan mereka. Makanan yang dimasak pun sedap, rasanya berat badan saya dah bertambah banyak ni..huhu.

Keluarga Effa juga menerima kunjungan saya dengan baik. Emak dan ayahnya cukup sporting. Tak kisah walaupun saya dan Pawi bertandang ke rumah mereka hampir setiap malam. Layanan? Tak perlu dipersoalkan lagi :) Tak lupa jugak kat Pak Wo dan Mak Wo yang turut melayan karenah kami..hehe. Makanan yang disediakan semasa kami berbuka disana pun sedap-sedap, banyak lagi tu.

Sepanjang saya bercuti kat sana, banyak tempat yang saya dah pergi. Saya dah sampai ke Pantai Kabong - cantik sangat pemandangan kat sana, Kg Sessang (Kg ayah Effa), Saratok, Roban, jeti ke Pusak...terima kasih buat insan istimewa saya, Effa yang bersusah payah mengaturkan segalanya untuk saya supaya percutian ini bermakna. Namun saya juga tak lupakan Pawi dan abgnya, Tahir yang membawa saya ke Bandar Sarikei dan Kg Gerigat...ada masa bole bawak jalan lagi..hehe.

Kalau dari segi bahasa, daftar kata nya tak banyak berbeza dengan Bahasa Melayu Sarawak, cuma slanga memang ada perbezaan major. Contohnya, kalau nak sebut 'polah', kena sebut 'poleah'. 'Kabong' pun dibunyikan sebagai 'Kabuong'. Banyak perlu belajar lagi ni. Haish.

Beberapa gambar saya selitkan semasa saya berada di sana ;)

Me and Effa kat Pantai Kabong

Sebelah kanan dalam gambar tu lah Sepawi..single but not available. Hehe

Mak Effa, me and Effa...tq makcik sebab sudi bergambar ;)

Bukti kukuh menunjukkan saya dah sampai ke Kabong..hoho

Hehe :)

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada yang teristimewa saya, Effa dan keluarga juga sahabat baik saya, Sepawi dan keluarga yang menjadikan pengalaman ke Kabong dirasakan begitu bermakna. Semoga kalian tak 'jerak' menerima kunjungan saya di lain masa.

P/s: Rindu kat 2 budak comel - Nurhanan Batriesya dan Aiman..Raja kita...selamat.. Puleeeaaangggggg...hehe ;)
Blog Widget by LinkWithin